Event : Bengkel Lanjutan Kelab Sahaabat Foto SeniBudaya
Tarikh : 16-17 Mei 2009
Peserta : 78 Orang
Lokasi : Tingkat 3,Perpustakaan Awam Shah Alam, Selangor
Pertama sekali aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada saudara Azrul a.k.a pencerita kerana memberi peluang kepada aku dan Ajib untuk menyertai bengkel lanjutan ini dan sekaligus menjadi ahli tetap Kelab Sahabat Foto Seni Budaya Negeri Selangor. Bengkel yang berlangsung selama 2 hari kali ini yang dapat menarik seramai 78 penyertaan yang kebanyakkan mereka dari forom Photoskool dan penyertaan dari Kelab ASFONS juga dari staff-staff Perpustakaan Awam Negeri Selangor ini sendiri.,Bengkel lanjutan ini banyak mengajar aku teknik-teknik untuk menghasilkan buku album bergambar untuk sesebuah organisasi ataupun dipraktikkan dalam kerja-kerja fotografi aku. Program 2 hari yg berlangsung ini aku rasakan cukup padat dengan aktiviti-aktiviti fotografi dan editting yang membuatkan para peserta bersungguh-sungguh menghasilkan gambar terbaik dan merekacipta layout-layout yang menarik untuk dipersembahkan pada hari akhir program ini
Bengkel ini diterajui oleh Che' Ahmad Azhar (Bachelor of Art and Design (Graphic Design) dari Fakulti Art and Design Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai fasilatator (fasi) dan dibantu oleh 4 orang pembantu fasi dari kelab sahabat sendiri iaitu saudara Azrul (pencerita), saudara Sani Rahman (SAR), Fazley Mohd. Yatim dan saudara Adhadi Mohamad (owner MyFotoZone). Mereka2 ini la yang banyak membantu peserta, memberi tunjuk ajar dan memberi garis panduan untuk para peserta menghasilkan buku album bergambar ini.
Program 2 hari ini dimulakan dengan penerangan dan pengenalan asas -asas fotografi yang mana kita sering terlupa kepada perkara-perkara ini berikutan ianya adalah asas. Padahal, kerana ianya asas la yang menjadikan sesuatu tu lebih baik dan lebih sempurna. Kemudian para peserta diberi taklimat mengenai elemen-elemen dalam fotografi seperti garisan, bentuk, tona, warna, patten, tekstur seni fotografi, perspektif, mood, potrait, lanskap dan arkitektur.
Pada sebelah petangnya pula. para peserta dihidangkan dengan aktiviti-aktiviti kebudayaan. Dimulakan dengan Seni Tarian Melayu, diikuti dengan Persembahan Teater, kemudian Pasukan Seni Silat dan Peralatan Muzik Tradisional dipersembahkan kepada kami. Tak habis dengan itu..sekumpulan Pemain Gasing pula menghiburkan kami dengan kehebatan mereka bermain dan mengawal gasing yang ligat berputar. Sebenarnya..acara-acara tersebuat adalah tugas kami..dimana kami perlu merakamkan detik-detik yang berlaku untuk kami abadikan dalam buku album bergambar nanti. Hahahaha..ingatkan berseronok..rupa-rupanya diberik task yang mencabar..tapi takpe..aku suka..Hari pertama habis dengan rasa tak puas hati berikutan tak dapat shoot yg aku mahukan..hehe..biasa la tu..
Kumpulan 6 berbincang, bermuzakarah, bertengkar, beselisih pandangan, bergurau, bergelak tawa untuk mendapatkan rekaan layout yang digeruni ramai. Kami berhempas pulas dan terpaksa berkorban dengan mengurangkan waktu berehat dan memperbanyakkan waktu untuk menghisap rokok dari kumpulan-kumpulan lain. Dan akhirnya, terhasillah rekaan buku album bergambar yang paling hebat dialam semesta ini..hehehehe
buku album bergambar kumpulannya
Dan ini la buktinya, Kumpulan aku iaitu kumpulan 6 ini tadi telah berjaya ditabalkan sebagai kumpulan terbaik untuk Bengkel Lanjutan kali ini. Hehe..ini adalah hasilnya selama 2 hari aku disini. Cukup untuk aku, kerja-kerja yang dilakukan mendapat penghargaan sewajarnya. Bukan diminta diagung-agungkan, cukup sekadar hasil kerja aku orang hargai. Apa-apa pun, Terbaik atau kurang baik, aku yakin semua yang hadir pada sessi kali ini bersungguh-sungguh melakukan sedaya upaya mereka. Cuma kami je bernasib baik. Aku pasti mereka-mereka yang lain, akan bersungguh-sungguh menjadi yang terbaik selepas ini. Ini bagus untuk mereka dan diri aku sendiri.
Senarai Ahli-ahli pasukan Kumpulan 6
1. Jasnee (Widegrapher Cameraworks)
2. Kemat
3. WanZai
4. Hans
5. Syahrail
6. Roza
7. Kui
8. Kak Fizzie
9. Aku
10. Budak selalu hilang dalam group
Sekian, Terima kasih.
Peserta Bengkel Lanjutan Kelab Shabat Foto Seni Budaya
Mior Effendi B Mior Md Salleh
+6012 357 2081