Rabu, 10 Jun 2009

-Bengkel Kelab Sahabat Foto SeniBudaya- Updated!!

Event : Bengkel Lanjutan Kelab Sahaabat Foto SeniBudaya
Tarikh : 16-17 Mei 2009
Peserta : 78 Orang
Lokasi : Tingkat 3,Perpustakaan Awam Shah Alam, Selangor

Pertama sekali aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada saudara Azrul a.k.a pencerita kerana memberi peluang kepada aku dan Ajib untuk menyertai bengkel lanjutan ini dan sekaligus menjadi ahli tetap Kelab Sahabat Foto Seni Budaya Negeri Selangor. Bengkel yang berlangsung selama 2 hari kali ini yang dapat menarik seramai 78 penyertaan yang kebanyakkan mereka dari forom Photoskool dan penyertaan dari Kelab ASFONS juga dari staff-staff Perpustakaan Awam Negeri Selangor ini sendiri.,Bengkel lanjutan ini banyak mengajar aku teknik-teknik untuk menghasilkan buku album bergambar untuk sesebuah organisasi ataupun dipraktikkan dalam kerja-kerja fotografi aku. Program 2 hari yg berlangsung ini aku rasakan cukup padat dengan aktiviti-aktiviti fotografi dan editting yang membuatkan para peserta bersungguh-sungguh menghasilkan gambar terbaik dan merekacipta layout-layout yang menarik untuk dipersembahkan pada hari akhir program ini

Bengkel ini diterajui oleh Che' Ahmad Azhar (Bachelor of Art and Design (Graphic Design) dari Fakulti Art and Design Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai fasilatator (fasi) dan dibantu oleh 4 orang pembantu fasi dari kelab sahabat sendiri iaitu saudara Azrul (pencerita), saudara Sani Rahman (SAR), Fazley Mohd. Yatim dan saudara Adhadi Mohamad (owner MyFotoZone). Mereka2 ini la yang banyak membantu peserta, memberi tunjuk ajar dan memberi garis panduan untuk para peserta menghasilkan buku album bergambar ini.

Program 2 hari ini dimulakan dengan penerangan dan pengenalan asas -asas fotografi yang mana kita sering terlupa kepada perkara-perkara ini berikutan ianya adalah asas. Padahal, kerana ianya asas la yang menjadikan sesuatu tu lebih baik dan lebih sempurna. Kemudian para peserta diberi taklimat mengenai elemen-elemen dalam fotografi seperti garisan, bentuk, tona, warna, patten, tekstur seni fotografi, perspektif, mood, potrait, lanskap dan arkitektur.

Pada sebelah petangnya pula. para peserta dihidangkan dengan aktiviti-aktiviti kebudayaan. Dimulakan dengan Seni Tarian Melayu, diikuti dengan Persembahan Teater, kemudian Pasukan Seni Silat dan Peralatan Muzik Tradisional dipersembahkan kepada kami. Tak habis dengan itu..sekumpulan Pemain Gasing pula menghiburkan kami dengan kehebatan mereka bermain dan mengawal gasing yang ligat berputar. Sebenarnya..acara-acara tersebuat adalah tugas kami..dimana kami perlu merakamkan detik-detik yang berlaku untuk kami abadikan dalam buku album bergambar nanti. Hahahaha..ingatkan berseronok..rupa-rupanya diberik task yang mencabar..tapi takpe..aku suka..Hari pertama habis dengan rasa tak puas hati berikutan tak dapat shoot yg aku mahukan..hehe..biasa la tu..


Che Mat sedang memberi penerangan secara terperinci kepada pesaerta diluar waktu kelas
(memang sporting habis che mat nie..hehe)

Hari kedua, para peserta yang dibahagikan 10 orang sekumpulan sejak hari pertama diberi tugas untuk memilih gambar-gambar terbaik dari setiap sessi persembahan semalan.Ini bermakna, setiap peserta wajib menghantar 4 keping gambar kerana sessi kritik gambar akan diberikan oleh Che Mat. Alhamdulillah..gambar-gambar aku mendapat ulasan yg baik dari Che Mat. Walaupun tak dapat anugerah gambar terbaik..aku puas dengan apa yang aku dapat dengan apa yang aku ada. Selesai Sessi Kritik Gambar. pada sebelah tengaharinya pula, para peserta perlu menghasilkan buku album bergambar dengan pilihan gambar-gambar terbaik yang telah dipilih semasa sessi kritik gambar tadi. Aku termasuk dalam kumpulan 6 yang diketuai oleh Jasnee dan seramai 9 orang yang lain. Kami berhadadapan dengan 5 lagi kumpulan yang masing-masing punyai kehebatan tersendiri. Setiap kumpulan diberikan ketua-ketua yang berdedikasi dan yang mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing.tapi aku tetap percaya, Jasnee adalah yang paling terhebat pada hari itu..kebanyakkan layout hari tu, dia yang hasilkan..hehehehe

Kumpulan 6 berbincang, bermuzakarah, bertengkar, beselisih pandangan, bergurau, bergelak tawa untuk mendapatkan rekaan layout yang digeruni ramai. Kami berhempas pulas dan terpaksa berkorban dengan mengurangkan waktu berehat dan memperbanyakkan waktu untuk menghisap rokok dari kumpulan-kumpulan lain. Dan akhirnya, terhasillah rekaan buku album bergambar yang paling hebat dialam semesta ini..hehehehe

Jasnee (Ketua Kumpulan 6) bersama-sama berbincang mengenai rekabentuk
buku album bergambar kumpulannya


Penerangan mengenai rekabentuk buku album bergambar diatas papan putih

Layout Kumpulan 6 - muka 1 hinngga muka 5


Dan ini la buktinya, Kumpulan aku iaitu kumpulan 6 ini tadi telah berjaya ditabalkan sebagai kumpulan terbaik untuk Bengkel Lanjutan kali ini. Hehe..ini adalah hasilnya selama 2 hari aku disini. Cukup untuk aku, kerja-kerja yang dilakukan mendapat penghargaan sewajarnya. Bukan diminta diagung-agungkan, cukup sekadar hasil kerja aku orang hargai. Apa-apa pun, Terbaik atau kurang baik, aku yakin semua yang hadir pada sessi kali ini bersungguh-sungguh melakukan sedaya upaya mereka. Cuma kami je bernasib baik. Aku pasti mereka-mereka yang lain, akan bersungguh-sungguh menjadi yang terbaik selepas ini. Ini bagus untuk mereka dan diri aku sendiri.

Senarai Ahli-ahli pasukan Kumpulan 6

1. Jasnee (Widegrapher Cameraworks)
2. Kemat
3. WanZai
4. Hans
5. Syahrail
6. Roza
7. Kui
8. Kak Fizzie
9. Aku
10. Budak selalu hilang dalam group

Sekian, Terima kasih.

Peserta Bengkel Lanjutan Kelab Shabat Foto Seni Budaya
Mior Effendi B Mior Md Salleh
+6012 357 2081