Sabtu, 22 Ogos 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

ramadan


Do'a Niat Puasa :
nawaitu shauma godhin 'an adaai fardli syahri ramadlaani haadzihis sanati lillahi ta'aalaa
Do'a Buka Puasa :
allahumma laka shumtu wa bika amantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Dr.Amilia - Family Outdoor Potraiture

amilia 1 copy

Alhamdulillah!!! Berpuasa lagi kita pada tahun ni..jadi, aku nak ucapakan selamat berpuasa pada seluruh umat islam di dunia ini..semoga ramadhan tahun ini, akan memberi kemakmuran dan barakhah dalam hidup kita. Lama tak masukkan entry??? erm..pasal nie gak, aku nak berterima kasih pada korang yang sudi menjengah blog aku nie, pada kawan-kawan seperjuangan, dan kepada rakyat malaysia amnya kerana 1-2 bulan lepas, aku mengalami penyakit merbahaya. Bukan bahaya mana pun..cuma Sindrom Kurang Bersemangat telah melanda diri aku nie..tapi mak aku cakap..selera makan aku tak pernah kurang pun..tu yg pelik tu..hehe.. Atas dorongan dan kata-kata semangat serta habuan telinga yang korang dan kawan-kawan berikan dekat aku,aku mula bersemangat untuk menulis disini.hehe...terima kasih kawan-kawan. Sebut pasal kawan-kawan, terasa plak dalam diri aku nie "Macam mana aku nie berkawan dengan kawan-kawan aku selama ni??? "Baik ke perangai aku??kawan-kawan senang tak dengan aku?? aku harap.selama aku berkawan dengan kawan-kawan aku, mereka senang menerima aku sebagai kawan mereka. Dan jika ada kesalahan dan kesilapan serta perangai yang menyakitkan, yang aku buat tanpa sedari,aku mohon ampun dan maaf jika ada yang terlanjur.Aku cuma ada kawan-kawan yang macam korang yang buat aku sebegini ari ni..dan..terima kasih sekali lagi..

Haha..suka betul aku kalu dapat mengarang kat sini..terlupa pulak pasal gambar sekeping yang kat atas tu..Itu adalah teaser terbaru untuk job minggu lepas.Dr.Amilia - Family Outdoor Potraiture. Ini adalah berikutan, kakak kepada Amilia, iaitu kak afida memanggil aku untuk job ini bersempena hari konvokesyen Amilia. Seronok betul dapat shoot keluarga ni. Dari abah, mak, kakak ngan adik termasuk amilia sekali semuanya sporting habis. terutama mak Amilia dan Kak Afida..hehe.. Sessi bermula dari UKM tempat Amilia belajar sehingga la membawa ke Putrajaya. Dan pada kali ini, En.Qayyum dan En.Ajib menemani aku dan kami di hiburkan oleh Fahmi yang didatangkan khas dari Kuala Selangor. Nasib la Fahmi kehabisan filem untuk lomo dia..kalu tak,..aku pinjam Diana dia hari tu.Anyway..Thanks guys!!

Gambar-gambar lain akan menyusul selepas ini, iaitu selepas aku bersahur..hehe...

amilia2-1  copy
amilia 2-1 copy
amilia3
amilia4 copy

Rabu, 10 Jun 2009

-Bengkel Kelab Sahabat Foto SeniBudaya- Updated!!

Event : Bengkel Lanjutan Kelab Sahaabat Foto SeniBudaya
Tarikh : 16-17 Mei 2009
Peserta : 78 Orang
Lokasi : Tingkat 3,Perpustakaan Awam Shah Alam, Selangor

Pertama sekali aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada saudara Azrul a.k.a pencerita kerana memberi peluang kepada aku dan Ajib untuk menyertai bengkel lanjutan ini dan sekaligus menjadi ahli tetap Kelab Sahabat Foto Seni Budaya Negeri Selangor. Bengkel yang berlangsung selama 2 hari kali ini yang dapat menarik seramai 78 penyertaan yang kebanyakkan mereka dari forom Photoskool dan penyertaan dari Kelab ASFONS juga dari staff-staff Perpustakaan Awam Negeri Selangor ini sendiri.,Bengkel lanjutan ini banyak mengajar aku teknik-teknik untuk menghasilkan buku album bergambar untuk sesebuah organisasi ataupun dipraktikkan dalam kerja-kerja fotografi aku. Program 2 hari yg berlangsung ini aku rasakan cukup padat dengan aktiviti-aktiviti fotografi dan editting yang membuatkan para peserta bersungguh-sungguh menghasilkan gambar terbaik dan merekacipta layout-layout yang menarik untuk dipersembahkan pada hari akhir program ini

Bengkel ini diterajui oleh Che' Ahmad Azhar (Bachelor of Art and Design (Graphic Design) dari Fakulti Art and Design Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai fasilatator (fasi) dan dibantu oleh 4 orang pembantu fasi dari kelab sahabat sendiri iaitu saudara Azrul (pencerita), saudara Sani Rahman (SAR), Fazley Mohd. Yatim dan saudara Adhadi Mohamad (owner MyFotoZone). Mereka2 ini la yang banyak membantu peserta, memberi tunjuk ajar dan memberi garis panduan untuk para peserta menghasilkan buku album bergambar ini.

Program 2 hari ini dimulakan dengan penerangan dan pengenalan asas -asas fotografi yang mana kita sering terlupa kepada perkara-perkara ini berikutan ianya adalah asas. Padahal, kerana ianya asas la yang menjadikan sesuatu tu lebih baik dan lebih sempurna. Kemudian para peserta diberi taklimat mengenai elemen-elemen dalam fotografi seperti garisan, bentuk, tona, warna, patten, tekstur seni fotografi, perspektif, mood, potrait, lanskap dan arkitektur.

Pada sebelah petangnya pula. para peserta dihidangkan dengan aktiviti-aktiviti kebudayaan. Dimulakan dengan Seni Tarian Melayu, diikuti dengan Persembahan Teater, kemudian Pasukan Seni Silat dan Peralatan Muzik Tradisional dipersembahkan kepada kami. Tak habis dengan itu..sekumpulan Pemain Gasing pula menghiburkan kami dengan kehebatan mereka bermain dan mengawal gasing yang ligat berputar. Sebenarnya..acara-acara tersebuat adalah tugas kami..dimana kami perlu merakamkan detik-detik yang berlaku untuk kami abadikan dalam buku album bergambar nanti. Hahahaha..ingatkan berseronok..rupa-rupanya diberik task yang mencabar..tapi takpe..aku suka..Hari pertama habis dengan rasa tak puas hati berikutan tak dapat shoot yg aku mahukan..hehe..biasa la tu..


Che Mat sedang memberi penerangan secara terperinci kepada pesaerta diluar waktu kelas
(memang sporting habis che mat nie..hehe)

Hari kedua, para peserta yang dibahagikan 10 orang sekumpulan sejak hari pertama diberi tugas untuk memilih gambar-gambar terbaik dari setiap sessi persembahan semalan.Ini bermakna, setiap peserta wajib menghantar 4 keping gambar kerana sessi kritik gambar akan diberikan oleh Che Mat. Alhamdulillah..gambar-gambar aku mendapat ulasan yg baik dari Che Mat. Walaupun tak dapat anugerah gambar terbaik..aku puas dengan apa yang aku dapat dengan apa yang aku ada. Selesai Sessi Kritik Gambar. pada sebelah tengaharinya pula, para peserta perlu menghasilkan buku album bergambar dengan pilihan gambar-gambar terbaik yang telah dipilih semasa sessi kritik gambar tadi. Aku termasuk dalam kumpulan 6 yang diketuai oleh Jasnee dan seramai 9 orang yang lain. Kami berhadadapan dengan 5 lagi kumpulan yang masing-masing punyai kehebatan tersendiri. Setiap kumpulan diberikan ketua-ketua yang berdedikasi dan yang mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing.tapi aku tetap percaya, Jasnee adalah yang paling terhebat pada hari itu..kebanyakkan layout hari tu, dia yang hasilkan..hehehehe

Kumpulan 6 berbincang, bermuzakarah, bertengkar, beselisih pandangan, bergurau, bergelak tawa untuk mendapatkan rekaan layout yang digeruni ramai. Kami berhempas pulas dan terpaksa berkorban dengan mengurangkan waktu berehat dan memperbanyakkan waktu untuk menghisap rokok dari kumpulan-kumpulan lain. Dan akhirnya, terhasillah rekaan buku album bergambar yang paling hebat dialam semesta ini..hehehehe

Jasnee (Ketua Kumpulan 6) bersama-sama berbincang mengenai rekabentuk
buku album bergambar kumpulannya


Penerangan mengenai rekabentuk buku album bergambar diatas papan putih

Layout Kumpulan 6 - muka 1 hinngga muka 5


Dan ini la buktinya, Kumpulan aku iaitu kumpulan 6 ini tadi telah berjaya ditabalkan sebagai kumpulan terbaik untuk Bengkel Lanjutan kali ini. Hehe..ini adalah hasilnya selama 2 hari aku disini. Cukup untuk aku, kerja-kerja yang dilakukan mendapat penghargaan sewajarnya. Bukan diminta diagung-agungkan, cukup sekadar hasil kerja aku orang hargai. Apa-apa pun, Terbaik atau kurang baik, aku yakin semua yang hadir pada sessi kali ini bersungguh-sungguh melakukan sedaya upaya mereka. Cuma kami je bernasib baik. Aku pasti mereka-mereka yang lain, akan bersungguh-sungguh menjadi yang terbaik selepas ini. Ini bagus untuk mereka dan diri aku sendiri.

Senarai Ahli-ahli pasukan Kumpulan 6

1. Jasnee (Widegrapher Cameraworks)
2. Kemat
3. WanZai
4. Hans
5. Syahrail
6. Roza
7. Kui
8. Kak Fizzie
9. Aku
10. Budak selalu hilang dalam group

Sekian, Terima kasih.

Peserta Bengkel Lanjutan Kelab Shabat Foto Seni Budaya
Mior Effendi B Mior Md Salleh
+6012 357 2081

Selasa, 9 Jun 2009

-Head To Toe Bridal's Photoshoot-

Event : Head To Toe Bridal's Photoshoot
Loaksi : Taman Belakang MAIS, Shah Alam
Fotographer : Mior,Tom Yervant,Faiz dan Ajib
JuruSolek & Pakaian : Ms.Zilla from Head To Toe Bridal,Puncak Alam
Model : CekPah dan PekLah :P
Assistance : Atom,Mr.Manager dan Kak Ina

Picture Will Upload When Editting Is Done!!
-Sorry-



Isnin, 8 Jun 2009

Ekperimentasi Menjejak Cahaya. Edisi Pertama!!!

haa..entry kali nie..dibuat atas permintaan khas kawan baik sepermainan iaitu en.ajib (bujang sepanjang zaman) hehe..pada satu malam yang mulia tu..aku, faiz dan ajib..ambil keputusan nekad nak duduk bawah jambatan, tepi pembahagi jalan, atas jejantas dan macam-macam lagi tempat yang membahayakan kesihatan dan diri sendiri untuk mendapatkan gambar yang dipanggil Jejak Cahaya atau dalam bahasa jawa tempatan LightTrail.

Setelah berhempas pulas selama 2 jam..baring kat kaki lima, tertunggeng atas jambatan..dipandang dengan pandangan serong oleh org awam..hanya 2 keping gambar je yg aku dapat..setelah beribu-ribu kali menekan shutter..sedih jugak..hehe apa nak buat..ni la nie namakan ekperimen..
Kesudahannya , kami balik dengan harapan yang agak kecewa dan dengan semangat yang baru iaitu..akan mencari lighttrail sehingga kami dapat apa yang kami mahukan..jaga-jaga Kuala Lumpur..kami akan datang menganggumu!!! hehe


Sekian,
Mior Effendi Mior Md Salleh
Photographer
EffendySalleh Photography
012-3572081

Khamis, 4 Jun 2009

Percubaan Visual kali ke2!!!


Gambar rakan2 photog semasa shoot untuk Shah Alam Budget Driffter

Percubaan Visual


Percubaan Visual!!! hehe

Berikut adalah gambar tempat aku kat upis SIRIM tu..sangat gile bersepah..sebab aku sgt gile bekerja sehingga tak sempat nak kemas..(kemas betulkan alasan aku..hehehe) Minggu ni minggu 5S..biasa la..simpan,sembunyi,sorok,selit dan seludup

Nota : Tolong abaikan gambar berkenaan kerana ia adalah satu percubaan mengePOST entry dengan gambar!!

Teima kasih.
Mior Effendi Mior Md Salleh
Photographer
EffendySalleh Photography
+ 6012 357 2081