nawaitu shauma godhin 'an adaai fardli syahri ramadlaani haadzihis sanati lillahi ta'aalaa
Do'a Buka Puasa :
allahumma laka shumtu wa bika amantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin
Dicatat oleh Mior Effendi Bin Mior Md Salleh di 3:00 PG
Event : Bengkel Lanjutan Kelab Sahaabat Foto SeniBudaya
Tarikh : 16-17 Mei 2009
Peserta : 78 Orang
Lokasi : Tingkat 3,Perpustakaan Awam Shah Alam, Selangor
Pertama sekali aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada saudara Azrul a.k.a pencerita kerana memberi peluang kepada aku dan Ajib untuk menyertai bengkel lanjutan ini dan sekaligus menjadi ahli tetap Kelab Sahabat Foto Seni Budaya Negeri Selangor. Bengkel yang berlangsung selama 2 hari kali ini yang dapat menarik seramai 78 penyertaan yang kebanyakkan mereka dari forom Photoskool dan penyertaan dari Kelab ASFONS juga dari staff-staff Perpustakaan Awam Negeri Selangor ini sendiri.,Bengkel lanjutan ini banyak mengajar aku teknik-teknik untuk menghasilkan buku album bergambar untuk sesebuah organisasi ataupun dipraktikkan dalam kerja-kerja fotografi aku. Program 2 hari yg berlangsung ini aku rasakan cukup padat dengan aktiviti-aktiviti fotografi dan editting yang membuatkan para peserta bersungguh-sungguh menghasilkan gambar terbaik dan merekacipta layout-layout yang menarik untuk dipersembahkan pada hari akhir program ini
Bengkel ini diterajui oleh Che' Ahmad Azhar (Bachelor of Art and Design (Graphic Design) dari Fakulti Art and Design Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai fasilatator (fasi) dan dibantu oleh 4 orang pembantu fasi dari kelab sahabat sendiri iaitu saudara Azrul (pencerita), saudara Sani Rahman (SAR), Fazley Mohd. Yatim dan saudara Adhadi Mohamad (owner MyFotoZone). Mereka2 ini la yang banyak membantu peserta, memberi tunjuk ajar dan memberi garis panduan untuk para peserta menghasilkan buku album bergambar ini.
Program 2 hari ini dimulakan dengan penerangan dan pengenalan asas -asas fotografi yang mana kita sering terlupa kepada perkara-perkara ini berikutan ianya adalah asas. Padahal, kerana ianya asas la yang menjadikan sesuatu tu lebih baik dan lebih sempurna. Kemudian para peserta diberi taklimat mengenai elemen-elemen dalam fotografi seperti garisan, bentuk, tona, warna, patten, tekstur seni fotografi, perspektif, mood, potrait, lanskap dan arkitektur.
Pada sebelah petangnya pula. para peserta dihidangkan dengan aktiviti-aktiviti kebudayaan. Dimulakan dengan Seni Tarian Melayu, diikuti dengan Persembahan Teater, kemudian Pasukan Seni Silat dan Peralatan Muzik Tradisional dipersembahkan kepada kami. Tak habis dengan itu..sekumpulan Pemain Gasing pula menghiburkan kami dengan kehebatan mereka bermain dan mengawal gasing yang ligat berputar. Sebenarnya..acara-acara tersebuat adalah tugas kami..dimana kami perlu merakamkan detik-detik yang berlaku untuk kami abadikan dalam buku album bergambar nanti. Hahahaha..ingatkan berseronok..rupa-rupanya diberik task yang mencabar..tapi takpe..aku suka..Hari pertama habis dengan rasa tak puas hati berikutan tak dapat shoot yg aku mahukan..hehe..biasa la tu..
Dicatat oleh Mior Effendi Bin Mior Md Salleh di 3:26 PG
Label: Bengkel Foto
Event : Head To Toe Bridal's Photoshoot
Loaksi : Taman Belakang MAIS, Shah Alam
Fotographer : Mior,Tom Yervant,Faiz dan Ajib
JuruSolek & Pakaian : Ms.Zilla from Head To Toe Bridal,Puncak Alam
Model : CekPah dan PekLah :P
Assistance : Atom,Mr.Manager dan Kak Ina
Picture Will Upload When Editting Is Done!!
-Sorry-
Dicatat oleh Mior Effendi Bin Mior Md Salleh di 2:29 PG
Label: Photoshoot
haa..entry kali nie..dibuat atas permintaan khas kawan baik sepermainan iaitu en.ajib (bujang sepanjang zaman) hehe..pada satu malam yang mulia tu..aku, faiz dan ajib..ambil keputusan nekad nak duduk bawah jambatan, tepi pembahagi jalan, atas jejantas dan macam-macam lagi tempat yang membahayakan kesihatan dan diri sendiri untuk mendapatkan gambar yang dipanggil Jejak Cahaya atau dalam bahasa jawa tempatan LightTrail.
Setelah berhempas pulas selama 2 jam..baring kat kaki lima, tertunggeng atas jambatan..dipandang dengan pandangan serong oleh org awam..hanya 2 keping gambar je yg aku dapat..setelah beribu-ribu kali menekan shutter..sedih jugak..hehe apa nak buat..ni la nie namakan ekperimen..
Kesudahannya , kami balik dengan harapan yang agak kecewa dan dengan semangat yang baru iaitu..akan mencari lighttrail sehingga kami dapat apa yang kami mahukan..jaga-jaga Kuala Lumpur..kami akan datang menganggumu!!! hehe
Sekian,
Mior Effendi Mior Md Salleh
Photographer
EffendySalleh Photography
012-3572081
Dicatat oleh Mior Effendi Bin Mior Md Salleh di 4:50 PTG
Label: Ekperimentasi
Dicatat oleh Mior Effendi Bin Mior Md Salleh di 2:32 PG
Label: Testing 1 2 3
Percubaan Visual!!! hehe
Berikut adalah gambar tempat aku kat upis SIRIM tu..sangat gile bersepah..sebab aku sgt gile bekerja sehingga tak sempat nak kemas..(kemas betulkan alasan aku..hehehe) Minggu ni minggu 5S..biasa la..simpan,sembunyi,sorok,selit dan seludup
Nota : Tolong abaikan gambar berkenaan kerana ia adalah satu percubaan mengePOST entry dengan gambar!!
Teima kasih.
Mior Effendi Mior Md Salleh
Photographer
EffendySalleh Photography
+ 6012 357 2081
Dicatat oleh Mior Effendi Bin Mior Md Salleh di 1:59 PG
Label: Testing 1 2 3
Dicatat oleh Mior Effendi Bin Mior Md Salleh di 1:33 PTG
Label: =Pengenalan=